Saturday, July 27, 2013

WANITA

Ada yang memanggilnya dengan panggilan ummi, ada yang panggil ibu dan ada yang panggil emak. Tidak kurang juga yang memanggil mummy dan mama. Pendek kata. dia adalah orang penting dalam keluarga.


Mereka lah yang memainkan tugas besar dalam keceriaan rumahtangga dan juga boleh dikatakan sebagai doktor keluarga kerana jika suami dan anak-anak sakit, merekalah yang akan menjaga dan merawat sehingga sembuh. Memastikan keluarga mendapat pemakanan seimbang juga adalah salah satu tugas mereka.

Sementara, doa mereka lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".


No comments:

Post a Comment